Tuesday, 13 January 2015

Senaman Cantikkan Dada Terbukti Berkesan

Salam semua..
Hari ini saya ingin bercerita tentang bagaimana cara untuk dapatkan dada bidang dan cantik. Saya pasti ramai lelaki diluar sana mengidamkan dada sebegitu.

Baiklah, untuk dapatkan dada yang HOT, tentulah melalui senaman. Berikut merupakan senaman yang biasa saya train bila berada di gim untuk bahagian dada.

1. BENCH PRESS
Kaedah ini perlukan bangku untuk kita baring sambil mengangkat beban ke atas. Ia berfungsi untuk mengembangkan dada kita.
Bench press juga boleh dilakukan secara melaraskan kerusi ke atas untuk menyasarkan otot dada bahagian atas.
Jika tiada alat seperti batang besi seperti diatas, boleh gunakan dumbell biasa. Kaedah angkatannya adalah sama.

2. FLY
Kaedah ini adalah untuk memberi LURAH pada dada. Caranya seperti burung yang mengepakkan sayap.
Kerusi juga boleh lah dilaraskan untuk terget bahagian atas dada.

3. DIP
Kaedah ini perlukan pemegang untuk kita turun dan naik. Bila lakukan latihan ini, siku sebolehnya 90 darjah untuk hasil yang baik. Jangan paksa kalau tidak mampu.
Fokus latihan ini adalah di bahagian bawah dada.
4. PUSH UP
Kaedah asas yang menggunakan berat badan sendiri, dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Malah murah; tidak perlu ke gim pun untuk dapatkan dada berotot.


Ok, itu saja untuk kali ini. Bolehla cuba latihan ini nanti.
Semoga berjaya..

Rahsia Badan Yang Langsing Untuk Wanita

Oops..
Sorry..gambar terlajak langsing. Ha ha ha..

Di sini saya ingin mendedahkan rahsia badan yang langsing bergaya untuk golongan hawa. Ingin memiliki badan secantik model catwalk? Ini bukan lagi mimpi. Ia boleh dicapai sekiranya ada semangat yang membara, bukan hangat-hangat tahi ayam.

Ok, udahlah tu. Baiklah adik kakak, rahsia ini bukan melibatkan supplemen atau ubat-ubatan tetapi ia adalah melalui SENAMAN KARDIO.

Apa itu senaman kardio?
Senaman kardio ialah senaman yang dilakukan dengan high level of intensity dalam masa yang agak lama yang mana membuatkan degupan jantung menjadi kencang. Ia melatih sistem kardio badan iaitu jantung dan adik beradiknya, dan bagus untuk peredaran darah keseluruhanya. Ia boleh melatih ketahanan badan, stamina, membakar kalori yang mana amat bagus untuk menurunkan berat badan.

Contoh senaman kardio ialah seperti joging, berenang, menari erobik dan lain-lain lagi. Saya sendiri sentiasa memulakan latihan di gim dengan berjoging di atas trademil terlebih dahulu. Pada mesin itu boleh dilihat kalori yang dibakar. Biasanya saya akan berjoging selama 30 minit dan membakar lebih kurang 250 kalori. Itu bersamaan lebih kurang 2 senduk setengah nasi putih yang dibakar. Hebatkan, so bila lemak banyak dibakar, impian kuruskan badan akan menjadi kenyataan.

Selamat mencuba. Tapi janganlah lepas joging makan banyak pula. Nanti sia-sia usaha kita.

Monday, 12 January 2015

Cara Kira Kalori Harian Kita

Salam semua..
Untuk menguruskan badan, kita kenalah mengira kalori harian kita.

Maksudnya, semua jenis makanan dan minuman hendaklah dikira dalam jumlah tertentu bergantung kepada berapa Kg kita hendak kuruskan, ataupun hanya untuk maintain berat badan semasa. Idea pengiraan ini hanyalah anggaran semata-mata supaya kalori yang diperlukan dikira secara betul agar matlamat berat diingini tercapai kelak.

Pada mulanya, saya sendiri pening nak kira jumlah kalori yang diperlukan, sehinggalah saya terjumpa dalam applikasi PLAYSTORE dalam handphone saya. Cuma installkan, isi maklumat kita dan terus kira.

Senang, selesai masalah. Apabila keputusan diperolehi, maka langkah seterusnya ialah mencatat kalori dalam buku atau apa saja yang sesuai agar mudah untuk kita rujuk dan membuat penambahbaikan. Tak apa, nanti saya berikan contoh yang telah saya buat. Tapi jangan tergelak pulak. Jadikan ia sebagai contoh sahaja.

Mengikut pengalaman saya selama 2 bulan cuba kaedah ini, saya berjaya turunkan 8kg. Alhamdulillah, saya berjaya lakukanya.

Anda juga pasti berjaya.
Cubalah..

Nasi Tidak Menggemukkan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap berada dalam keadaan sihat selalu.
Hari ini saya ingin sambung topik menjadi kurus dengan cepat.

Satu kesalahan yang telah saya lakukan dulu ialah bermusuh dengan NASI. Ramai yang kata kalau makan nasi, badan jadi gemuk. Tetapi sebenarnya kata-kata itu tidaklah tepat. Sejujurnya, saya telah cuba untuk tidak makan nasi selama 3 bulan. Hasilnya, berat badan saya tidakklah turun sepertimana yang diinginkan. Apa yng saya makan ialah dengan cara meratah lauk saja, makan sup sayur, makan mi sup dan lain-lain lagi selain nasi, termasuk roti dan biskut.

Makan benda-benda yang tersebut di atas tidaklah mengenyangkan seperti kenyang nasi, malah kalau makan roti, tidak cukup hanya dengan 2 keping. Hakikatnya detik perubahan dalam amalan pemakanan saya bermula apabila mendalami ilmu kalori. Kalori bermaksud, jumlah tenaga makanan yang kita ambil setiap hari.

Contohnya:
2 senduk nasi= 200 kalori
4 keping roti gardenia= 318 kalori
Jika kita bijak, sudah tentu kita akan pilih nasi, kerana ia memberi rasa kenyang yang lebih baik berbanding roti.
Harus diingat, makanan yang tinggi kalori dan diambil secara banyak boleh menggemukkan BODY.
Bayangkan jika anda ambil 5 ke 7 keping roti untuk dapatkan rasa kenyang, jawapannya tentulah lama kelamaan berat badan akan bertambah.

KESIMPULANNYA
1. Makanlah nasi kerana nasi itu makanan asasi kita. Secara peribadi, saya makan nasi 4 kali sehari. Kadar yang dimakan setiap kali sebanyak 2 senduk (tidak membukit) ataupun jika disukat dengan cawan, bersamaan 1 cawan kecil sahaja.
2. Rasa kenyang pada nasi tak sama dengan makanan lain. Oleh itu, nasi adalah pilihan yang baik berbanding roti, biskut, kek dan lain-lain lagi, malah makanan tersebut lebih dahsyat menggemukkan anda.

Harap tips ini membantu kawan-kawan selangkah kehadapan untuk proses menguruskan badan.
Selamat berjaya!